BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

20 January 2012

GOTONG-ROYONG ASRAMA

         Pada 14 Januari yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah telah mengadakan aktiviti gotong -royong perdana di asrama putera dan asrama puteri. Aktiviti seperti ini diadakan adalah untuk menjamin kebersihan dan keceriaan asrama SMKAK.

         Tepat pukul 8.30 pagi, semua pelajar berkumpul di dataran asrama masing-masing  dan bersiap sedia untuk dibahagikan tugas. Ketua asrama dan para pengawas memainkan peranan membahagikan tugas kepada semua pelajar asrama.

         Selain itu, semua pelajar juga diwajibkan menjemur tilam di bawah sinaran mentari untuk menghilangkan bakteria- bakteria. Aktiviti menjemur tilam seperti ini secara tidak langsung dapat mengelakkan penyakit-penyakit kulit yang senang merebak di asrama.

                                  aktiviti menjemur tilam
    ketua asrama dan majlis tertinggi sedang membahagikan tugas
bilik siber aspuri
menjemur karpet
bilik seterika
bilik studi
sick bay

kemas dorm
bilik pantri



dataran terbuka aspuri
barang kitar semula