Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi, bunyi kompang kedengaran menandakan kehadiran
Tuan Haji Saidin Bin Bakar. Kontinjen kawad Kadet Remaja Sekolah turut memberikan tabik hormat sebagai menyambut kedatangan tetamu- tetamu kehormat.
Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini mempunyai sedikit kelainan kerana terdapat tiga orang pengerusi majlis yang berbahasa melayu, bahasa inggeris serta berbahasa arab. Uniknya semua pengerusi majlis ini adalah dari kalangan pelajar SMKAK sendiri. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang turut dibacakan oleh pelajar. Para pengerusi majlis meneruskan lagi majlis dengan ucapan Tuan Pengetua serta tetamu kehormat. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah dan persembahan daripada para pelajar SMKAK. Majlis berakhir dengan sempurna.
![]() |
Para pelajar sabar menunggu kedatangan tetamu kehormat |
![]() |
Pengetua juga tidak ketinggalan! |
![]() |
Bunga manggar dan Kompang Sedia Beraksi! |
![]() |
Ketibaan Tuan Haji Saidin b Bakar |
![]() |
Semakin menghampiri... |
![]() |
Pemeriksaan perbarisan oleh tetamu Kehormat |
![]() |
Dewan Besar dengan Tema Oren |
![]() |
Bekas pelajar SMKAK yang masih setia berkunjung. |
![]() |
Barisan MC |