BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

26 April 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG

                        Tanggal 25 April yang lalu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajarnya yang mendapat keputusan yang cemerlang. Persiapan rapi telah sebaik mungkin oleh semua guru.

                       Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi, bunyi kompang  kedengaran menandakan kehadiran
 Tuan Haji Saidin Bin Bakar. Kontinjen kawad Kadet Remaja Sekolah turut memberikan tabik hormat sebagai menyambut kedatangan tetamu- tetamu kehormat.

                       Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini mempunyai sedikit kelainan kerana terdapat tiga orang pengerusi majlis yang berbahasa melayu, bahasa inggeris serta berbahasa arab. Uniknya semua pengerusi majlis ini adalah dari kalangan pelajar SMKAK sendiri. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang turut dibacakan oleh pelajar. Para pengerusi majlis meneruskan lagi majlis dengan ucapan Tuan Pengetua serta tetamu kehormat. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah dan persembahan daripada para pelajar SMKAK. Majlis berakhir dengan sempurna.


Para pelajar sabar menunggu kedatangan tetamu kehormat
Pengetua juga tidak ketinggalan!
Bunga manggar dan Kompang Sedia Beraksi!
Ketibaan Tuan Haji Saidin b Bakar
Semakin menghampiri...
Pemeriksaan perbarisan oleh tetamu Kehormat
Dewan Besar dengan Tema Oren
Bekas pelajar SMKAK yang masih setia berkunjung.

Barisan MC


                     

MERENTAS DESA


17 February 2012

MAULIDUR RASUL


20 January 2012

GOTONG-ROYONG ASRAMA

         Pada 14 Januari yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah telah mengadakan aktiviti gotong -royong perdana di asrama putera dan asrama puteri. Aktiviti seperti ini diadakan adalah untuk menjamin kebersihan dan keceriaan asrama SMKAK.

         Tepat pukul 8.30 pagi, semua pelajar berkumpul di dataran asrama masing-masing  dan bersiap sedia untuk dibahagikan tugas. Ketua asrama dan para pengawas memainkan peranan membahagikan tugas kepada semua pelajar asrama.

         Selain itu, semua pelajar juga diwajibkan menjemur tilam di bawah sinaran mentari untuk menghilangkan bakteria- bakteria. Aktiviti menjemur tilam seperti ini secara tidak langsung dapat mengelakkan penyakit-penyakit kulit yang senang merebak di asrama.

                                  aktiviti menjemur tilam
    ketua asrama dan majlis tertinggi sedang membahagikan tugas
bilik siber aspuri
menjemur karpet
bilik seterika
bilik studi
sick bay

kemas dorm
bilik pantri



dataran terbuka aspuri
barang kitar semula