Pada tanggal 24 Mei 2012 , satu lagi tarikh bersejarah dalam lipatan kisah warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah , iaitu Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah . Tema yang telah dipilih pada tahun ini lain daripada yang lain iaitu , Zaman Kesultanan Melayu Melaka . Tema ini membawa seluruh warga SMKAK , bukan sahaja pelajar malahan semua guru untuk kembali ke zaman tersebut . Semua guru perlu menggunakan bahasa zaman 'dulu-dulu' untuk bertutur sepanjang hari tersebut .
Persiapan untuk menyambut majlis Hari Guru pada tahun ini mengambil masa sehari sahaja , iaitu pada hari Rabu , 23 Mei sepenuhnya . Hal ini demikian kerana , pada 22 Mei seluruh warga SMKAK baru sahaja selesai menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun . Namun begitu , berkat kerjasama semua pihak majlis pada tahun ini berjalan lancar , dan begitu meriah . Tambahan pula , majlis pada tahun ini diiktiraf sebagai sambutan yang terbaik berbanding pada tahun-tahun sebelumnya .
 |
Malam sebelum majlis berlangsung
|
 |
Barisan pelajar Tingkatan 5 yang bakal melakukan persembahan |
Sambutan Hari Guru dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin tepat jam 0745 pagi Surau SMKAK oleh semua guru dan pelajar . Suasana pada pagi tersebut yang hujan lebat membimbangkan barisan MPP tentang kelancaran sambutan pada hari tersebut . Namun , hal tersebut tidak pernah melunturkan semangat MPP . Pada mulanya aktiviti ExploRace yang telah dirancang dan diatur rapi telah dibatalkan oleh pihak guru akibat hujan lebat . Namun , pada jam 0830 , aktiviti yang ditunggu para pelajar itu tetap diteruskan walaupun hujan masih renyai-renyai membasahi bumi SMKAK . Terima kasih Cikgu!
 |
Gambar Tahunan Guru SMKAK 2012 |
para pelajar sedang berkumpul utk bacaan yaasin

selesai sudah bacaan yaasin |
 |
Rehearsal persembahan utama Tingkatan Lima |
 |
Semua cikgu sungguh 'sporting' sepanjang aktiviti ExploRace!! |
 |
Lari cikgu lari!! |
Tepat dalam perancangan , pada jam 1000 para guru diarak ke Dewan Besar SMKAK bagi acara dewan . Para diiringi oleh empat orang 'pengawal keselamatan' . Walaupun setelah penat 'bermain' bersama para pelajar , guru-guru masih bertenaga meneruskan majlis .
 |
Perarakan guru-guru .
|
 |
Persembahan silat bagi meraikan kedatangan guru oleh
Siti Mardhiyah dan Nur Fatimah Abillah pesilat sekolah . |
 |
Mohd Fikri dan Mohd Anas diberi tugas sebagai pembaca utusan . |
 |
'Bodyguard' |
Bagi memulakan majlis , guru-guru telah naik ke pentas bagi menyanyikan lagu Guru Malaysia dan dua buah lagu khas daripada guru-guru kepada pelajar dalam bentuk pesanan . Seterusnya , Encik Mazlan diberi mandat untuk mengetuai bacaan ikrar para guru .
 |
Bacaan ikrar oleh Cikgu Mazlan |
Bagi merasmikan sambutan pada hari tersebut , satu bentuk gimik ala-ala Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah berjaya dilaksanakan . Perasmian telah disempurnakan dengan acara memotong kek oleh Tuan Pengetua .
 |
Selesai gimik!
|
Bagi memeriahkan majlis , beberapa acara selingan telah dirancang . Antaranya , Cuba Teka Siapa Dia? dan Pertandingan Membelit Lidah antara guru dan pelajar . Acara ini telah dapat menggamatkan lagi suasana dewan pada hari tersebut!
 |
Cuba Teka Siapa Dia?? |
 |
Pengacara Majlis mengacarakan aktiviti Selingan
 |
Guru-guru turut mengambil bahagian dalam acara persembahan , antaranya , berbalas pantun , dan nyanyian . Pendek kata , semua guru memberi kerjasama yang terbaik dan ceria pada hari tersebut!
 |
Barisan pesilat bagi acara Gimik |
 |
Komunis!
|
Tepat jam 1315 petang , sambutan Hari Guru 2012 telah tamat dengan jayanya . Sekalung perhargaan dan apresiasi ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan sambutan pada tahun ini . Terima kasih cikgu! Dirgahayu Cikgu!
0 comments:
Post a Comment