Pendahuluan
Tamrin Nuqaba' kali pertama pada tahun ini adalah penyataan kepada hasrat untuk memperkukuh keberkesanan pelaksanaan usrah di sekolah. Program singkat kali pertama ini dirancang bagi mengenal pasti unsur- unsur kekuatan dan kelemahan jika ada untuk dibuat penambahbaikan
Objektif
1. Mengumpul barisan nuqaba' untuk disuntik semangat dan pembinaan kerja berpasukan yang kukuh.
2. Mempersiapkan barisan nuqaba' yang bersedia untuk melaksanakan usrah bagi sesi 2013.
Sasaran
Barisan Nuqaba' yang dipilih dari kalangan pelajar berketrampilan seramai 75 orang.
Jadual Tamrin Nuqaba' SMKA KEDAH 2013/1434
HARI PERTAMA 10/01/2013 (KHAMIS)
2.50 ptg - 3.00 ptg Pengesahan pendaftaran AJK : BADAR
3.20 ptg - 4.50 ptg KD1
Usrah Berkesan : Peranan dan Kualiti Nuqaba' Penceramah : Ustz Anuar Abd Rahman
LDK1 Alumni Badar
5.30 ptg - 6.30 ptg Riadah
(Membina saf nuqaba' yang berkesan)
9.15 mlm - 10.30 mlm Pahit Manis Berusrah, Satu Perkongsian Pengalaman Penceramah : Alumni SMKAK
HARI KEDUA 11/01/13 (JUMAAT)
3.00 ptg - 4.30 ptg KD2
Membina Modul Usrah Penceramah : Ustz Mohd Kashfi Ali
18 January 2013
Tamrin Nuqaba' SMKA Kedah 2013/1434
Posted by mppsmkakedah at 2:43 AM 0 comments
20 December 2012
Keputusan PMR!
Posted by mppsmkakedah at 12:07 AM 0 comments
12 December 2012
Prihatin atau Jaga Tepi Kain Orang ???
Prihatin bermakna kita mencampuri urusan rakan bertujuan menambahkan kebaikan dalam urusan agamanya. Manakala jaga tepi kain orang pula kita sibuk mencampuri hal orang untuk menyusahkan kehidupan mereka. Perkara ini sangat berbeza antara satu sama lain.
Bersikap prihatin atau cakna dengan sekeliling adalah WAJIB kepada semua orang Islam. Kerana itu Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 110 "Kamu adalah sebaik umat yang dilahirkan kepada manusia, kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah SWT"
Nabi SAW bersabda "Sesiapa yang tidak mengambil peduli urusan kaum muslimin, maka dia bukan di kalangan kami"
Prihatin adalah suatu perkara yang baik. Namun, ramai orang tidak menyukainya. Kerana itu ada rakan-rakan kita akan marah dan memulaukan kita apabila kita menegur sikap buruk mereka. Biarpun teguran kita benar, mereka tetap memusuhi kita. Ini lumrah
Apabila berhadapan dengan kawan sebegini, kita perlu bijak dan berhikmah. Kita perlu mempunyai strategi agar mereka tidak menjauhi kita. Dalam masa yang sama, kita boleh berdakwah kepada mereka. Ada lima perkara yang wajar kita lakukan.
1 . Kita perlu berasa kasihan kerana mereka sedang menambah kemurkaan Allah dan menuju kebinasaan. Tiada manusia yang mahu dihumban ke dalam neraka. Tetapi, akibat tipu daya syaitan, ramai remaja telah dilalaikan oleh hiburan dunia hingga mereka tidak tahu kefardhuan seorang muslim. Sebaik berhadapan dengan rakan sebegini, kasihanilah mereka. Bantulah mereka keluar dari kelalaian duniawi. Apabila hati kita dipenuhi rasa kasihan dan ingin membantu, maka kita akan mudah untuk melayan karenah rakan-rakan yang bermasalah.
2. Kedua, nasihati secara ringkas tetapi berterusan. Ingat! Teguran baik bukanlah dengan berceramah atau berkhutbah panjang. Cara terbaik adalah dengan berkawan dengan mereka, lalu menasihati mereka sedikit demi sedikit namun berterusan. Teguran pula secara santai atau jenaka, bukannya marah-marah. Dengan cara ini, rakan kita akan sudi mendengar dan memikirkan kata-kata kita. Mereka tidak akan menjauhi kita secara mendadak.
3. Jangan takut dengan tohmahan atau ugutan. Kita tidak boleh berhenti menegur sekalipun ada orang menuduh kita 'sibuk jaga tepi kain orang' . Abaikan sahaja. Sudah menjadi lumrah apabila menyatakan kebenaran dan mencegah kemungkaran, kita berkemungkinan akan dipinggirkan. Inilah yang berlaku kepada para nabi terdahulu. Oleh yang demikian, kita jangan berasa risau sekiranya rakan membenci kita disebabkan kita berkata benar. Pasti Allah akan mendatangkan rakan-rakan yang lebih baik untuk kita.
4. Kita perlu berdoa untuk diri kita dan rakan-rakan kita agar Allah memberi hidaya kepada mereka. Doa sangat penting, kerana hidayah itu milik Allah, dan bukan milik kita. Tidak semua orang berubah sewaktu ditegur. Tetapi, kita berdoa mudah-mudahan suatu hari nanti mereka akan menjadi lebih baik. Ini semua adalah berkat doa orang di sekeliling mereka.
5. Tempuhi semua ujian dengan sabar dan senyuman. Biarpun ada orang yang tidak menyukai cara kita berdakwah, sabarlah. Kita harus percaya bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita. Allah akan membantu kita setiap masa. Pahalanya tetap ada di sisi Allah.
-Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi-
Posted by mppsmkakedah at 8:02 AM 0 comments
10 December 2012
05 July 2012
06 June 2012
SAMBUTAN HARI GURU 2012
![]() |
| Malam sebelum majlis berlangsung |
![]() |
| Barisan pelajar Tingkatan 5 yang bakal melakukan persembahan |
Sambutan Hari Guru dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin tepat jam 0745 pagi Surau SMKAK oleh semua guru dan pelajar . Suasana pada pagi tersebut yang hujan lebat membimbangkan barisan MPP tentang kelancaran sambutan pada hari tersebut . Namun , hal tersebut tidak pernah melunturkan semangat MPP . Pada mulanya aktiviti ExploRace yang telah dirancang dan diatur rapi telah dibatalkan oleh pihak guru akibat hujan lebat . Namun , pada jam 0830 , aktiviti yang ditunggu para pelajar itu tetap diteruskan walaupun hujan masih renyai-renyai membasahi bumi SMKAK . Terima kasih Cikgu!
![]() |
| Gambar Tahunan Guru SMKAK 2012 |
![]() selesai sudah bacaan yaasin |
![]() |
| Rehearsal persembahan utama Tingkatan Lima |
![]() |
| Semua cikgu sungguh 'sporting' sepanjang aktiviti ExploRace!! |
![]() |
| Lari cikgu lari!! |
![]() |
| Perarakan guru-guru . |
![]() |
| Persembahan silat bagi meraikan kedatangan guru oleh Siti Mardhiyah dan Nur Fatimah Abillah pesilat sekolah . |
![]() |
| Mohd Fikri dan Mohd Anas diberi tugas sebagai pembaca utusan . |
![]() |
| 'Bodyguard' |
![]() |
| Bacaan ikrar oleh Cikgu Mazlan |
![]() |
| Selesai gimik! |
![]() |
| Cuba Teka Siapa Dia?? |
![]() |
Pengacara Majlis mengacarakan aktiviti Selingan![]() |
![]() |
| Barisan pesilat bagi acara Gimik |
![]() |
| Komunis! |
Posted by mppsmkakedah at 3:05 AM 0 comments
26 April 2012
HARI ANUGERAH CEMERLANG
Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi, bunyi kompang kedengaran menandakan kehadiran
Tuan Haji Saidin Bin Bakar. Kontinjen kawad Kadet Remaja Sekolah turut memberikan tabik hormat sebagai menyambut kedatangan tetamu- tetamu kehormat.
Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini mempunyai sedikit kelainan kerana terdapat tiga orang pengerusi majlis yang berbahasa melayu, bahasa inggeris serta berbahasa arab. Uniknya semua pengerusi majlis ini adalah dari kalangan pelajar SMKAK sendiri. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang turut dibacakan oleh pelajar. Para pengerusi majlis meneruskan lagi majlis dengan ucapan Tuan Pengetua serta tetamu kehormat. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah dan persembahan daripada para pelajar SMKAK. Majlis berakhir dengan sempurna.
![]() |
| Para pelajar sabar menunggu kedatangan tetamu kehormat |
![]() |
| Pengetua juga tidak ketinggalan! |
![]() |
| Bunga manggar dan Kompang Sedia Beraksi! |
![]() |
| Ketibaan Tuan Haji Saidin b Bakar |
![]() |
| Semakin menghampiri... |
![]() |
| Pemeriksaan perbarisan oleh tetamu Kehormat |
![]() |
| Dewan Besar dengan Tema Oren |
![]() |
| Bekas pelajar SMKAK yang masih setia berkunjung. |
![]() |
| Barisan MC |
Posted by mppsmkakedah at 5:50 PM 0 comments






















































